Murid mengisi air pada silinder penyukat

Murid mengisi air pada silinder penyukat

Jumaat, 19 November 2010

KATA PENDAHULUAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak syukur dan terima kasih kepada tuhan yang mengizinkan diri ini untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada saya dalam semester September 2010 ini disamping tugasan yang agak mencabar dan memberi banyak maksud yang tersirat daan tersurat disebaliknya yang mana apabila ia diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas kelak amatlah bermakna untuk mencetuskan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Dalam proses menyelesaikan tugasan kursus ini pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa hadapi terutama kekangan waktu yang agak pendek untuk menyudahkan hasilan amatlah memberi banyak tekanan.Namun dorongan dan tunjuk ajar semasa toturial pertama oleh tutor sedikit sebanyak membuka ruang minda ini untuk mencetus idea bagaimana menghasilkan tugasan kursus ini dengan seadanya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada tutor saya, Dr. Zabani yang secara langsungnya memberi panduan dan tunjuk ajar bagaimana tugasan ini hendak diselesaikan dengan jayanya.Kebenaran tuan untuk saya menulis tugasan dalam blog ini dalam Bahasa Malaysia , sedikit sebanyak dapat membantu saya yang agak lemah dalam Bahasa Inggeris.
Sungguhpun sudah lebih 3 tahun saya mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris, namum kehendak pentadbiran yang meminta saya mengajar murid dari kelas yang lemah tidak banyak dapat membantu saya meningkatkan pengetahuan dalam bahasa ini.
Segala kebaikan dan kelebihan yang terdapat dalam tugasan kursus ini adalah datang daripada Allah S.W.T manakala yang buruknya adalah dari diri saya sendiri.
Sekian,terima kasih

SAMSUL FADILAH BIN ASMARA
SMP FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER SEPTEMBER 2010.

Aktiviti Membuat perbandingan dalam isipadu cecair

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat membandingan dan membezakan kuantiti dalam 2 atau lebih isipadu cecair.
Bahan bantu mengajar: Silinder , 2 botol mineral dan lembaran kerja
Aktiviti :
1. Menunjukan 2 bekas air dan murid cuba meneka yang mana lebih banyak kandungan air di dalamnya.
2. Guru menjelaskan bahawa isipadu cecair tidak mempunyai bentuk tetapi mempunyai berat atau kandungan yang sama.Cecair juga akan mengikut bentuk bekas yang menakungnya.
3. Murid diberikan 3 silinder dan air sebanyak 1000 ml.Murid memasukkan air itu ketiga-tiga bekas dengan keadaan penuh, separuh dan tiada air.
4. Murid menyatakan bahawa silinder dapat dibezakan kandungan air di dalamnya.Murid cuba membanding beza hasilan kumpulan sendiri dengan kumpulan lain.
5. Murid diberi lembaran kerja dan cuba menjawabnya.
6.Guru dan murid merumus dan menerapkan nilai murni.

Khamis, 18 November 2010

Aktiviti pemulihan untuk topik pengenalan isipadu cecair

Alat-alat bantu mengajar:
1. Silinder penyukat.
2. Air
3. Lembaran kerja

Objektif pengajaran dan pembelajaran : Di akhirpengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:
1. Mengetahui bagaimana cara untuk menentukan kuantiti air dalam silinder penyukat.
2. Menyatakan kuantiti penuh , separuh dan tiada air dalam satu-satu silinder penyukat.
3. Memahami cara membaca bacaan dalam menentukan kuantiti silinder penyukat.

Aktiviti:

1. Set Induksi - Guru memaparkan video tentang pengenalan isipadu cecair.
2. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dan diberikan se jug air dan 3 silinder penyukat.
3. Murid dalam kumpulan cuba mengisi bikat mengikut tiga situasi asas iaitu penuh, separuh dan tiada air.
4. Guru menunjukkan gambar cara membaca bacaan silinder penyukat dengan betul.
5. Beberapa orang murid diminta menyatakan bacaan kuantiti air pada bekas yang diisi oleh guru.
6. Murid cuba menjawab lembaran kerja pemulihan yang disediakan.
7. Guru dan murid membuat rumusan dan penerapan nilai murni.

AKTIVITI PENGENALAN TOPIK ISIPADU CECAIR TAHUN 2

1. SET INDUKSI - GURU MENUNJUKKAN SITUASI 3 BOTOL. BOTOL PERTAMA PENUH, BOTOL KEDUA, SEPARUH DAN BOTOL KETIGA TIADA ISI. MURID DIMINTA MENYATAKAN KUANTITI AIR SETIAP BOTOL.
2.GURU MENERANGKAN TENTANG ISIPADU CECAIR ADALAH BERBEZA MENGIKUT BENTUK BEKAS TETAPI KANDUNGANNYA SAMA.
3. GURU MENUNJUKAN SILINDER PENYUKAT YANG STANDARD DAN MENGISI KANDUNGAN MENGIKUT SEBUTAN PENUH, SEPARUH DAN TIADA.
4. GURU MENGEDARKAN LEMBARAN KERJA DAN MURID CUBA MENJAWABNYA.
5. GURU MERUMUSKAN ISI PELAJARAN DAN PENERAPAN NILAI MURNI.

ALAT BANTU YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGAJAR ISIPADU CECAIR BAGI TAHUN 2

ALAT BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN IALAH:

1. SILINDER PENYUKAT.
2. AIR BERWARNA (MEMUDAHKAN PEMAHAMAN MURID)
3. LEMBARAN KERJA.
4. LEMBARAN KERJA UNTUK AKTIVITI PEMULIHAN.
5. LEMBARAN KERJA UNTUK AKTIVITI PENGAYAAN.
6. CARTA MATEMATIK TAHUN 2 TOPIK ISIPADU CECAIR.

soalan assigment mathematics for year two

Misconception on capacity may arise among the students while teaching Volume of liquid especially when comparing capacity of two containers that can hold more. Students often make the comparison on height rather than its capacity. Find ONE (1) video in the internet that show how volume of liquid are measured. Create TWO (2) teaching aids that can be applied to Year Two students to help them understand better. Based on your teaching aids, you are required to create TWO (2) teaching activities; each for high achiever and low achiever students. Finally, you are required to develop your own blog and post the video, teaching aid and teaching activities in your blog. You are free to choose any platform that are available in the internet. For reference you may browse at www.blogger.com on developing your blog. You are only required to submit link to your blog.