Murid mengisi air pada silinder penyukat

Murid mengisi air pada silinder penyukat

Jumaat, 19 November 2010

KATA PENDAHULUAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak syukur dan terima kasih kepada tuhan yang mengizinkan diri ini untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada saya dalam semester September 2010 ini disamping tugasan yang agak mencabar dan memberi banyak maksud yang tersirat daan tersurat disebaliknya yang mana apabila ia diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas kelak amatlah bermakna untuk mencetuskan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Dalam proses menyelesaikan tugasan kursus ini pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa hadapi terutama kekangan waktu yang agak pendek untuk menyudahkan hasilan amatlah memberi banyak tekanan.Namun dorongan dan tunjuk ajar semasa toturial pertama oleh tutor sedikit sebanyak membuka ruang minda ini untuk mencetus idea bagaimana menghasilkan tugasan kursus ini dengan seadanya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada tutor saya, Dr. Zabani yang secara langsungnya memberi panduan dan tunjuk ajar bagaimana tugasan ini hendak diselesaikan dengan jayanya.Kebenaran tuan untuk saya menulis tugasan dalam blog ini dalam Bahasa Malaysia , sedikit sebanyak dapat membantu saya yang agak lemah dalam Bahasa Inggeris.
Sungguhpun sudah lebih 3 tahun saya mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris, namum kehendak pentadbiran yang meminta saya mengajar murid dari kelas yang lemah tidak banyak dapat membantu saya meningkatkan pengetahuan dalam bahasa ini.
Segala kebaikan dan kelebihan yang terdapat dalam tugasan kursus ini adalah datang daripada Allah S.W.T manakala yang buruknya adalah dari diri saya sendiri.
Sekian,terima kasih

SAMSUL FADILAH BIN ASMARA
SMP FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER SEPTEMBER 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan